Friday, December 23, 2011

Serabai & serawa durian

Assalamualaikum. Hari tercapai juga keinginan mak lang nak makan serabai & serawa durian. Lama dah mak lang ingin nak buat, tapi asyik tertangguh. Hari ni kuatkan juga rajin ni dan suami mak lang pula ada beli durian D24 so apa lagi. Lps asar adun serabai dan nak hampir magrib suami mak lang baru pulang bawa kelapa dan daun pandan. Sebelum magrib sempatlah siapkan kuahnya dan masak serabai . Apa lagi lps ja solat magrib teruslah menjamah serabai yang dah lama sangat tak makan. Bila lihat serabai ni, ingat mak lang masa zaman kanak-kanak ketika di kampung mak lang dekat Durian Daun Masjid Tanah Melaka, masa tu buat kenduri arwah ,jiran kampung buat serabai ni. Sedapnya...tapi masa tu kuah serabainya campur pisang . Tapi hari ni kuah serabai mak lang campur durian. Sebenarnya pertama kali mak lang membuat serabai ni. Resepi mak lang ambil dari K. Fida Myresipi. Terima kasih Fida.Sedap dan lembut serabainya.Ok di sini mak lang copy and paste aja resepi Fida. Sesiapa yang nak mencuba bolehlah lihat resepi ya...Mak lang buat 1/2 adunan resepinya.
Serabai Mini , Serawa Durian
Bahan-bahan ( 25-28 keping )
• 300 g tepung beras
• 100 g tepung gandum
• 600 ml santan ( drp 1 kotak kecil + air )
• 1 sb yis kering (1/2 peket )
• 1 sk gula pasir
• 1/2 sk garam
• SERAWA DURIAN :-
• 300 g gula melaka*
• 2 sb gula pasir*
• 200 ml air* ( masak * dn tapis)
• 800 ml santan
• 1/2 sk gaaram
• 6-7 ulas durian (atau lebih ikut selera)
• 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara
1. Satukan bahan2 serabai,kacau dan kisar hingga halus. Perap 10 min.
2. Legserkan sedikit minyak dalam acuan serabai dan panaskan atas api perlahan lalu tuang adunan serabai,tutup acuan dan biar 5-6 min atau hingga masak.
3. Jika tak ada acuan serabai boleh gunakan kuali yang mongkom.(Mak lang guna kuali aja sbb xda acuan)
4. Untuk serawa durian...campurkan semua bahan2 serawa dan masak hingga mendidih sambil dikacau sentiasa.
5. Setelah siap,hidangkan serabai bersama serawa durian.

Wednesday, December 7, 2011

Menu Tengah Hari

Hari ini mak lang tukar selera. Biasa tengah hari makan nasi campur tp hr. ni tukar selera makan mee pula. Mee ni mak lang main campak2 ja . Apa yang ada kat peti sejuk digunakan maka jadilah mee ni. Mak lang namakan Mee banjir ibu. Mee ni ala2 mee hailam. Tapi ikut cita rasa mak lang... Ok . pada sesiapa yang nak mencuba bolehlah lihat resepi ya.

Mee Banjir Ibu


bahan
1 pkt mee kuning
300gm udang basah sederhana besar( kulit dan kepala udang direbus dan airnya jdkan kuah)
tauge ikut citarasa sendiri
3 kpg tahu-goreng dan potong dadu.
3 ulas bawang putih dadu kecil
1 sudu cili kering kisar
kicap mee ikut suka
1 biji tomato saiz besar -hiris
Telor ikut bilangan orang yang nak makan.(mak lang guna 4 biji)
garam secukup rasa
Air utk kuah ikut suka.
1 tangkai daun sup dan bawang ricih halus
Bawang goreng
minyak secukupnya untuk menumis
lada sulah ikut suka
Cara:
Tumiskan bawang putih yang didadu hingga garing dan masukkan cili kisar tumis lagi hingga pecah minyak
Masukkan air rebusan kulit udang dan juga kicap mee. Kalau nak kuah banyak masukkan air lagi.
Bila kuah mendidih masukan lada sulah dan udang serta telur.
Kemudian masukan mee, tomato dan tauge serta tahu yang telah digoreng.Biar 2-4minit masukan daun bawang dan daun sup serta bawang goreng . Tutup api dan bolehlah dimakan....

Tuesday, December 6, 2011

Menu tgh hari

Assalamualaikum.....Hari ni mak lang masak simple ja... Menunya asam rebus ikan bawal putih dan sambal tumis ikan bilis.
Bagi yang tak tahu resepi asam rebus yang sangat senang dan mak lang main lebur aja...K lihat resepi yang baru nak belajar masak ya.



Asam rebus ikan bawal putih.
Ikan bawal putih 1 kg( bersihkan dengan rendaman air asam jawa)
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih hiris nipis
1inci halia hiris nipis 3 kpg asam gelugur
1sdk serbuk kunyit
sdk cili kisar( kering)
sedikit belacan (klu suka)
Air secukupnya untuk kuah
garam secukup rasa.

Sayur bendir dan buah tomato -ikut suka

cara:
masukkan air.bahan yg dihiris, serbuk kunyit, cili, asam kpg dan ikan. Rebus dalam periuk dan biar mendidih.
Masukkan garam dan sayur biar dalam 3-5 minit rasa garam. Matikan api . Bolehlah dihidangkan...........

Tuesday, November 8, 2011

Kerabu Mangga Mak Lang

Assalamualaikum .Hari ini mak lang nak kongsi resepi kerabu yang senang dan mudah untuk dihasilkan. Ok Lihat resepinya.
Bahan
3 biji mangga tua atau muda-buang kulit dan cincang kasar
1 biji bawang besar-hiris nipis
1sb kerisik
1 sdk garam
10 biji cili padi hiris halus
3 biji limau kasturi- ambil jusnya

Cara:
Gaul rata semua bahan . Sedia untuk dihidang dan dimakan..........

Monday, November 7, 2011

Menu Sarapan Pagi

Pagi ini mak lang buat nasi goreng belacan lawan rendang ayam, rendang kerang n ulam timun. Cuci mata jalah ya!.....Buat masa malas betul mak lang mencatatkan resepi. Almaklumlah vitamin "M" berlebihan masa ni. He he he...

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha

Salam aidiladha kepada pengunjung laman mak lang. Menu mak lang hari ni ialah ketupat segera, sambal kacang dan rendang ayam minang cara mak langlah...' Selain tu mak lang buat juga kek coklat moist chef Zubaidah. Terima kasih chef atas perkongsian resepi. selain dari ketupat segera, rendang minang ayam dan kek. Untuk makan tengah hari mak lang masak nasi campur kari ikan merah ala mamak dan tumis sayur kobis . Adik mak lang dari Shah Alam dan keluarga sebelah suami mak lang datang 3 keluarga. Hanya itu saja menu yang larat mak lang sediakan. Kalau ikut hati macam2 menu nak di hidangkan. Tapi tenaga ni tak mengizinkan. Almaklumlah sorang yang nak menyediakan dan kaki ni pula kalau banyak berdiri mulalah berdenyut2...alhamdulillah selesai juga makanan yang dihidangkan..
ketupat segera dan rendang ayam minang cara mak lang
kek coklat moist ( resepi chef Zubaidah )
Kar ikan merah ala2 mamak

Thursday, November 3, 2011

Button chocolate cip cookies.

Kukis ni adalah percubaan resepi yg. mak lang dapat dari salah satu blog yang mak lang singgah. Maaflah yang empunya resepi , mak lang derhaka sbb mengubah nama n tambahan bahan. Mak lang bg nama ni sbb nampak bentuknya cam butang. he he he...Apapun kukisnya sedap. Kreadit pada empunya resepi.Cuci matalah ya! Ini hasilnya..

Thursday, October 27, 2011

Menu tengahari

Hari ni mak lang masak asam pedas Melaka ikan kerisi , sayur kangkong goreng sambal tumis. Ketupat segera semalam ada n baki sambal tumis ikan bilis semalam masih ada so mak lang buatlah ketupat segera goreng ngan sambal tumis. Jadi taklah membazir . Klau tidak nanti terbuang aja.Kita kat Malaysia makan sampai terlebih sedangkan dekat Somalia sana tak cukup makan.Itulah yang selalu mak lang cakapkan pada anak2 mak lang supaya mereka sentiasa bersyukur dengan rezeki yang ada dan tidak membazir. Membebel pula mak lang ni. Jom lihat menu hari ni.........Cuci mata jalah ya!..
Asam Pedas
kangkong goreng
ketupat goreng

Wednesday, October 26, 2011

Sarapan Pagi

Assalamualaikum. Pagi ni mak lang sarapan dengan lontong.Dah lama teringin nak makan lontong. Kerana mood rajin ada, maka jadilah lontong ala-ala Singapura. Tak tahulah betul atau tidak. Bahannya mak lang main agak2 ja. Tak sukatpun. Mak lang ni kalau masak main agak ja. Cara orang lama-lama. Alhamdulillah rasanya tetap sedap.... Puji diri sendirilah mak lang ni.Mak lang kalau makan lontong suka makan dengan sambal tumis ikan bilis. Kebetulan ada pula serunding daging so apa lagi ngaplah........ Ni hasilnya............. Jom makan....

Tuesday, October 25, 2011

Cookies Deepavalli

Sempena sambutan Deepavalli esok , rakan sejawat mak lang minta tolong buatkan cookies dan kek untuknya. Lega dah selesai menyiapkan tempahannya.Lihatlah hasil di bawah...
Biskut Dahli@ semperit
Strawbery butter cookies.
Kek coklat moist

Saturday, October 15, 2011

Menu Tengah Hari

Assalamualaikum semua. Lama tak update laman mak lang ni. tengah hari ini mak lang nak berkongsi menu keluarga makan tengah hari ini. Asam pedas Melaka ikan kembong/Mabong dan kangkong goreng belacan serta baki sambal tempoyak daun semalam/ Cuci mata jalah ya!...resepinya dah ada pada post yang terdahulu.Kalau berminat carilah sendiri ya..........

Sunday, August 14, 2011

Projek Sabtu & Ahad

Salam semua . Hari ni mak lang nak share projek hr sabtu & ahad . Lps sahor terus buat cookies ni. Bukan buat utk diri sendiri tapi buatkan tempahan kwn2 sek. mak lang. Mereka ni mmg pelanggan tetap. Terima kasihlah kepada Aznora, Azuwin, Rosmah, Rahmah dan Liza Zakaria. Alhamdulllah siap juga cookies u all. Klu sesiapa yg. nak resepinya boleh lihat pada post mak lang yg. terdahulu. Nilah hasilnya coklat cip cookies mak lang.


Friday, August 5, 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramaddan

Kepada rakan pengunjung laman Mak Lang , rasanya belum terlambat mak lang mengucapkan Selamat Berpuasa. Semoga ibadah puasa kita tahun ini lebih sempurna dari tahun2 yang lepas. Amin...........Maaflah ya!, lama maklang tidak update laman ni....sejak kebelakangan ni sibuk dan tiada berkesempatan untuk update dan tiada menu yang istemewa untuk di kongsi.

Friday, June 10, 2011

Menu Tengah Hari

Hari menu tengah hari mak lang simple ja. Sambal tumis ikan bilis, gulai lemak labu dengan kangkong, homemade telur masin , ayam goreng n ikan pekasam. kebetulan ada labu lemak so buatlah gulai. Nanti lama2 kecut pulak labu tu. Ada sebelah lagi tengah fikir nak buat apa?.....

Wednesday, June 8, 2011

Cornflakes Coklat Cip

Hr. ini tertunai hajat anak lelaki mak lang nak makan coklat cip cookies. puas juga mencari resepi yg. selalu diguna utk buat cookies ni. Tak jumpa juga. Entah ke mana hilangnya. So lihat2lah resepi yg. lain. Kmdn mak lang ubahsuailah mengikut citarasa dan bahan yg. terdapat kat dapur tu. Alhamdulillah menjadi juga. Maaflah ya tak dapat tunjuk gambar. Terdapat masaalah nak upload gambar ke komputer. Insyaallah klu berkesempatan nanti dapatlah mak lang upload kmdn.Sebagai ganti lihatlah gambar lama , lebih kurang macam nilah. Dalam gambar ni ada badam , tp hari ni cookiesnya takda badam. Ok lihat resepi kat bawah. Kalau nak mencuba bolehlah. Cookies ni mmg menjadi kegemaran keluarga,sanak saudara dan rakan mak lang.

Cornflakes Coklat Cip Cookies.
Bahan:
Diayak
150gm tepung kek/1cwn
1/2sdk baking powder
1/2sdk soda bikarbonate
1/4sdk garam

Bahan A
100gm cornflakes/2cwn
150gm coklat cip/1cwn
100gm /1cwn badam cincang/hazelnut/walnut(kekacang takda ganti dgn corflakes 50gm lagi)

Bahan B
150gm mentega
150gm gula kastor( mak lang guna brown sugar n GUNA 100GM SAJA)
1 Telur
1sdk esen vanila

Cara:
1. Gaul bahan kering dengan tepung dan ketepikan
2. Pukul bahan A hingga kembang dan ringan.
3. Masukkan Bahan2 tang digaul bersama ke dalam bahan A dan gaul sebati menggunakan sudip kayu.
4. Sudukan doh menggunakan camca teh dan susun jarak2 kerana biskut akan mengembang.
5. Bakar10-15 minit dalam suhu 175C /mengikut kepanasan ketuhar masing2.
Cookies yang masih dlm ketuhar.
Cookies yang sedang disejukkan menanti dingap...Ni dia rupa cookies yang dibuat hari ni tanpa kekacang...




Cookies ini rangup dan ringan. Pantang klu terdedah kat udara atau kipas. Mudah lemau.

Selamat mencuba

Tuesday, June 7, 2011

Mee Umi Versi Mak Lang.

Hari ni tukar selera makan mee tgh hr. ini. Resepi mee ni mak lang agak2 ja...Asalnya nama resepi ni Mee Umi( Kak Zuraidah). Tapi , mak lang dah lupa camna resepi asalnya, jd main agak jalah bahannya dan ikut cara mak langlah. Sedap juga bila di makan...Kalau sesiapa nak cuba boleh cuba ya! Lihat resepi di bawah:

Bahan Kisar
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah besar
segenggam ikan bilis

5 sudu cili kering kisar.
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 liter air -kuah
1 kotak santan kara
3 keping asam gelugur
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
1 kg kerang-di rebus
1/2 kg. udang sedang digoreng
1 pkt kek ikan-goreng dan hiris nipis
4 biji telur ayam rebus
1 ikat sawi-celur
300gm tauge=celur
1pkt mee kuning-celur
daun bawang dan daun sup secukupnya- hiris halus
Lada merah -dihiris nipis

Cara:
1, Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan garing .
2. Masukkan cili kisar goreng hingga pecah minyak dan masukkan air yang telah dibancuh dengan santan.
3, Masukkan asam gelugur 3 keping, sos tomato dan sos cili.Kacau selalu Biar kuah mendidih .
4. Masukkan garam secukupnya
5. Rasa garam dan tutup api. Boleh dihidangkan dengan bahan yang dicelur, rebus, goreng dan hiris.
6. Sedia untuk dimakan.........

Kek Coklat .

Seperti yang dijanjikan di sini mak lang sertakan resepi kek coklat yang sedap ni. Pada sesiapa yang nak mencuba bolehlah.....Kek ni klu tak letak toppingpun sedap. Tp elok simpan semalaman. Keesokan hrnya baru potong dan akan nampak lapisan coklat diatasnya.Cubalah ....
Kek Coklat
Bahan A-masak hingga gula dan koko larut.(matikan api dan sejukkan)

1 cwn koko(80gm)

1 cwn( 250ml) air/susu segar

1/2 cwn gula kasar(100gm)

Bahan B

250gm mentega

200gm gula halus

6 biji telur

21/2 cwn t.Naik Sendiri(250gm)

1 sudu kecil esen vanila

Cara

1. Gula + mentega pukul hingga kembang

2. Masukkan telur sebiji sebiji dipukul.

3. Masuk esen vanila

4. Masukkan tepung gaul rata

5. Masukkan koko yg. telah disejukkan dan gaul rata . Masuk dalam loyang yg. disapu dgn mentega dan bakar 45minitatau hingga masak.Suhu 170C



300gm coklat masakan-

150ml susu cair

Cara

Bila coklat dah hancur matikan api dan biar suam-suam baru curah kat atas kek

*kek agak lembab . Jgn sampai pekat. Bl gula larut bersama koko tutup api dan sejukkan.Elok simpan semalaman.
SELAMAT MENCUBA!

Kek Coklat .

Hari ini cuci mata jalah ya! Kek ni sebenarnya adalah tempahan seorang rakan. Lama dah ......belek2 album jumpa pulak gambar ni. So sajalah nak mengimbas kenangan lama...Masa ni tengah rajin buat kek. Skrg klu tak terpaksa .....susahlah. Klu nak resepi nantilah ya..Bila mood rajin nak menulis nanti akan adalah resepinya.Insyaallah.

Sunday, June 5, 2011

Apam tepung gandum

Menu sarapan pagi ini. Terajin pula. So buatlah apam tepung gandum atau apam kampung. Suami mak lang klu apam kampung yang tidak menggunakan telur ni sukalah dia makan. Resepi ni pun maki lang dapat dari quinnie@myresipi.com . Terima kasih quinnie. Firts time cuba .Tapi tak tersenyum sangat....Ada yang malu langsung tak ketawa...Kurang berpuas hati. Bertahun dah tidak membuat apam ni..Dulu klu buat main agak2 ja sukatan bahannya. Menjadi pula...Kali ni cubalah mengikut resepi. Takpa lain kali boleh cuba lagi. Pada sesiapa yang berminat nak mencuba resepi ni boleh lihat resepinya dibawah. Ni copy n paste ja. Malas nak menaip.

Apam Tepung Gandum.
Baru angkat dari kukusan. Masih panas lagi....
Ni hasil yang telah dikeluarkan dari acuan.Ada yang malu langsung tak nak ketawa...
Apam Tepung Gandum
Bahan-bahan ( lebih kurang 20 biji )
• 2 1/4 cawan tepung gandum
• 1/2 cawan susu tepung
• 3/4 cawan gula ( saya guna 1/2 cawan je sebab tak suka manis)
• 1 paket yis mauripan
• 1 1/2 cawan air suam
• pewarna ikut suka (saya guna sirap)
Cara-cara
1. mula2 ayakkan tepung gandum besama susu tepung. (ayak sekali je, kalau tak nak ayak pun tak pe)
2. satukan bahan ayak bersama dengan gula kedalam mangkok. gaul2 rata.
3. selepas itu buat lubang kat tengah2 bahan tadi dan masukkan yis mauripan.
4. masukkan air suam ditengah2 bahan tadi dan kacau2 yis bersama dengan air. kalau yis tu elok...dia akan mengeluarkan buih. kemudian kacau2 rata bersama dengan bahan2 lain sehingga sebati. ( jgn ada ketul tepung)
5. akhir sekali letak kan pewarna dan kacau2 rata. tutup mangkok dengan penutup dan biarkan selama 1/2 jam. resepi ni tak boleh peram lama2 sebab kita pakai yis sepeket...nanti dia rasa masam.
6. panaskan air kukusan sementara nak tunggu bahan kembang/ naik.
7. boleh guna acu bulat2 atau loyang biasa. kalau guna loyang biasa, gris kan dengan minyak loyang tu dulu supaya mudah di potong.
8. bila kukusan dah panas, boleh lah dikukus. kukus dalam 20 minit...atau lebih....
9. boleh dihidang bersama kelapa putih yg di kukus dengan garam.

Wednesday, June 1, 2011

Menu semalam

Gulai lemak cili padi dan kangkong goreng bebola ikan ,menu makan tengah hari semalam. Resepi biasa aja. resepinya dah ada di sini. Carilah kat post terdahulu ya!..Ni kes malas nak menaiplah ni.....

Friday, May 27, 2011

Kek kukus Coklat Moist.

Kek Kukus Coklat Moist yang pertama kali dibuat.Anak bawa ke sekolah untuk sambutan hari guru. Resepi dari rakan Fb Pn. Munira Baharom. Ternyata sedap.......Terima kasih Pn.Munira.
Bagi yang nak mencuba resepi ni bolehlah mencuba. resepinya ada kat bawah.
bhn2 A:
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko( Mak lang guna koko Van Houten)
1 cwn susu cair( mak guna susu segar rendah lemak Ducth Lady)
1 cwn susu pekat
1 cwn myak msk..( Mak lang guna minyak Daisy)
*semua bhn d'atas gaul sebati n msk atas api perlahan.
*rehat kejap bila bhn dh sebati.

bhn2 B:
tepung gandum 3/4 cwn
soda bicarbonat 1 sudu kcil(sudu kfc)
baking powder 1 sudu kcil (sudu kfc)
*semua bhn nih ayak

bhn C: telur 4 bj (blender jer)

Cra2 bt:
satu kan bhn B dan C kedlm Bhn A....secara berselang seli n gaul ngan senduk jer...bila dh sebati....taruk jer dlm loyang yg dsapu myk....n kukus dlm 30 -45 minit (b'gantung saiz loyang)...klu nk test cucuk ngan lidi klu x melekat kira msk le...

*p/s...loyang 2 kena panaskan dl sblm mskkan adunan kek td..


Topping:
1/2 cwn koko Van houten
1/2 cwn susu pekat manis
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar mentega
3 sudu besar susu segar

Cara:
Masukkan senua bahan ke dalam periuk, dengan api kecil panaskan sampai bahan bergaul sabati dan berkilat,angkat dan tuang atas kek . Sebaiknya kek ni disimpan semalaman lagi sedap.

Kek Kopi Marble

First time mencuba, alhamdulillah menjadi. Mulanya nak buat apam Indon, tp yang jadi kek pula. Memang rezeki kengkawan nak merasa kek marble yang resepinya lama tersimpan di dalam buku resepi Pn. Nor Aini Zakaria. Kalau tak sebab gas habis ,mungkin resepi ni tak dicuba. Rupanya ada hikmak di sebalik kehabisan gas di pagi hari. Kebetulan stok tong gas yang satu lagipun dah kosong. Kalau ikut hati bila tengok jam dah pukul 5 pagi lebih malas nak buat takut kelewatan ke sekolah. Alhamdulillah kalau kita ikhlas nak berkongsi makanan dengan kawan ,sempat juga kek ni masak.Keluar ja dari oven ,terus keluarkan dari loyang dan masukkan pinggan dan bawa ke sekolah.Suspen juga takut kek tak menjadi..Sampai kat sekolah apa lagi operasi memotong dan merasa keklah. Suspen ja....bila nak suruh kawan makan. Syukur alhamdulillah kawan2 semua puji kek ni sedap. Mak lang ni suka nak membuat tapi bab makan kurang gemo yang manis2 ni. Sebenarnya hr. ni hari terakhir sekolah sebab nak cuti. Tulah kat sekolah buat potluck. Tapi tak best sebab mak lang hari ini sederet kelas 6 waktu. Bila rehat nak pilah menjamu selera. Alah mak!... tinggal baki-baki sajalah.Apapun seronok makan masakan kawan2. Kami memang suka buat potluck. Tanggung jawab tetap berjalan , masing2 tahu tanggung-jawab sendiri. Itulah kelebihan guru2 SMKTD. Panjang pula cerita mak lang...kalau nak mencuba resepi kek ni bolehlah lihat resepinya di bawah.
Ni dia kek yang masih panas, sedap lembut dan gebu...
Kek Kopi Marmar(Marble)
Bahan A (Diayak bersama)
220gm tepung kek
1sudu teh serbuk penaik

250 mentega
200gm gula halus
50ml air susu(mak lang guna susu segar dutch Lady rendah lemak)
4 biji telur gred A
2 sudu teh emulco kopi
sedikit pewarna merah, hijau dan coklat(mak lang takda warna coklat so biarkan saja warna asal)

Cara :
1. Seperti biasa gris acuan 8 X 8 inci.Lapik dengan kertas serap minya. Panaskan oven pada suhu 180C
2.Satukan mentega dan gula kastor ,pukul hingga adunan kembang dan putih.
3. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.
4. Masukkan bahan A sedikit-sedikit sambil dikacau berselang-seli dengan air susu.
5. Masukkan emulco kopi dan gaul sebati.
6. Bahagi adunan 3 bahagian. Warnakan mengikut warna coklat, hijau dan merah tau warna yang disukai.
7. Letakkan satu senduk adunan berwarna berselang-seli dalam acuan. Ambil sebatang lidi dan lorekkan satu bulatan atas adunan tersebut. Bakar 1 jam atau hingga masak.

* Tapi kek maklang masak dalam 35-40 minit .Sebenar bergantung pada ketuhar masing2. Mulanya mak lang nak ikut seperti masa yang terdapat pada resepi. itu yang nak perang kek tu. Nasib baik mak lang uji dengan lidi , kalau tunggu 1 jam alamat hanguslah kek tu. Kesimpulannya agak sendirilah bila tengfok kek tu dah macam masak ujilah dengan lidi, bila lidi bersih keluarnya,.. menandakan kek tu dah masak. Tapi mesti 30 mint keatas. Kalau belum 30 minit ke atas takut kek jadi bantat.
Selamat mencuba!..

Sunday, May 22, 2011

Mee Basah Lagi...

Saja nak tayang gambar aja....sebenornya ni menu yang dah lepas tak sempat nak tunjuk. Hari ni baru nak tunjuk. Masa ni malas nak masak nasi berlauk, almaklumlah kalau mood malas dak sampai , perut pula keroncong jadi ini menu yang paling mudah dan cepat. Kalau tak silap mak lang resepinya dah ada ...jd tak payahlah mak lang ulang tayang ya!.. Cuci mata jalah ya!!!!!


Ini pula dadih segera yang mak lang buat untuk di bawa ke kenduri rumah anak saudara yang berpindah rumah baru ( sendiri) dekat taman Semenyeh.

Tuesday, March 29, 2011

Mee Hoon bebola ikan

Ni dia bee hoon bebola ikan untuk sarapan pagi Isnin hari tu.Khas buat anak gadis mak lang.

Saturday, March 26, 2011

Ikan Parang Lemak Cili Api


Tengah hari ini mak lang masak ikan parang lemak cili api campur kacang panjang dan belimbing buluh.Kalau kat kg mak lang panggil lomak cili api. Buah belimbing pokok sendiri.Kali ni ramah pokoknya. Ada yang berbunga dan berputik. Dah lama tak masak lemak cili api campur buah belimbing, jadi hari ni masaklah.Pada anak ibu atau anak-anak yang belum pernah atau nak belajar masak lemak ini di bawah disertakan resepi. Jom kita layan.

Bahan
4 ketul/potong ikan parang
Santan dari 1 biji kelapa.(dalam 600ml)
kacang panjang ikut suka
6 biji buah belimbing buluh belah dua dan ketuk sedikit
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa

Bahan kisar
segenggam cili api
sedikit belacan

Cara
ikan yang telah dibasuh dengan asam jawa masukkan kedalam periuk(mak lang guna kuali sbb mengelakkan ikan hancur dan mudah nak kacau kuah.
Masukkan bahan kisar,belimbing dan santan. Masak atas api dan kuahnya dikacau selalu agar tidak pecah minyak.
Bila kuah mendidih , masukkan garam dan kacang panjang. Biar sebentar ,rasa garam. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!..

Jemput-jemput jagung berlauk

Pagi sarapan jemput-jempaut jagung berlauk.Nama ni mak lang reka ajalah...Lepas solat subuh mulalah memikirkan menu apa untuk sarapan. Teringat ada jagung kat dalam peti sejuk dan udang basah juga ada. Jadi terfikirlah nak buat jemput-jemput jagung + udang. Kenapa dipanggil jemput-jemput ya? Kalau pada mak lang masa menggoreng dohnya dijemput masuk dalam kuali. Itu sebab dipanggil jemput-jemput. Mak langpun kalau mengoreng suka jemput kecil-kecil supaya hasilnya garing, dan nampak comel. Ok klau pada anak-anak remaja yang teringin nak belajar memasak bolehlah cuba resepi ni. Tapi...pada yang dewasa nak cuba boleh juga...

Bahannya.
2 cwn tepung gandum
1 tongkol jagung-ceraikan dari tongkolnya.
1 labu bawang besar potong dadu kecil
1 biji cili merah potong kecil
udang l/2 cwn-kalau bubuh lebihpun takpa lagi sedap
1 biji telur
1 cwn air suam/sejuk paip.
garam secukup rasa.

Cara
Gaul semua bahan sampai sebati dan biar sebentar sementara minyak di kuali panas.
Bila minyak dah panas bolehlah dijemputkan ke dalam kuali. Balik-balikkan sampai kekuningan dan bolehlah diangkat dan dinikmati.
Selamat mencuba!..

Friday, March 25, 2011

Karipap Oh karipap.....

Hari ini sarapan pagi buat karipap kentang sardin.Awal pagi bangun dah menggentel karipap untuk sarapan anak ke sekolah. Dan sempat juga masak gulai asam pedas tenggiri. Alhamdulillah semuanya beres. Jadi hari ini tak payah masak lauk( beli kat kantin sekolah). Dah berapa hari doh masak kat kantin. Maklumlah ibu berkerjaya katakan.. Ini dia hasil karipap dan gulai asam pedas tenggiri.Kalau nak resepi lihatlah pada post yang lama. Resepinya sama aja.....
Karipap yang masih dalam kuali tengah di goreng....

inti karipap kentang + sardin

Karipap panas..

Thursday, March 24, 2011

Ketayap Sardin

Hari ini sarapan pagi untuk keluarga mak lang kuih ketayap sardin. Biasa kuih ketayap intinya manis, itulah yang keluar dari mulut anak gadis mak lang dan warnanya hijau. Kenapa tak taruh warna hijau katanya lagi. Jawap mak lang itu ketayap manis.... kalau kuih ketayap pedas warna kuninglah....Lihatlah hasilnya. Sebenarnya ini pertama kali mak lang buat. Ilham spontan......Resepi biasa aja.
Bahan inti
1 labu bawang besar potong kiub
2 ulas bawang putih cincang dadu
2 sb cili kering kisar
1 tin besar sardin Adabi-di buang sosnya
myk utk menumis secukupnya
1sk asam jawa adabi

Cara
Tumis bawang dan cili hingga garing masukkan sardin letak sedikit air + asam jawa+ garam secukup rasa.Hancurkan sardin.Biarkan kering bolehlah diangkat dan sejukkan.

Bahan dadar
1cwn tepung gandum
1sk kunyit powder/ pewarna kuning
sedikit garam
1/2 cwn air
1 biji telur

Cara
Bancuh kesemua bahan hingga sebati dan tapis. Biarkan sebentar. Barulah di dadar.Buat hingga habis. Bubuh inti dan gulung.
Selamat menjamu selera..

Sunday, March 20, 2011

Kari Daging Cita Rasaku


Hari ni masak kari daging . Lama nak buat. Daging yg. berada kat dalam peti beku dah lama dok keluar masuk peti. Asyik tak jadi ja nak buat. Hari ni jadi juga kari daging . Mak lang panggil Kari daging cita rasaku sbb bahannya ikut hendak hati ja, nak letak apa. Alhamdulillah rasanya boleh tahan sedap. Sbb suami mak lang yang memang suka kari daging nampak selera bl makan.Itu menandakan kari ini memenuhi seleranya.Alhamdulillah...
Resepinya..
Bahan
1kg daging lembu
santan dari 1/2 biji kelapa( 1 liter air)
3 sb kari daging Babas
1 sb cili kisar
2 pelepah daun kari
2 batang serai, d titik
rempah 3 sekawan
3 biji kentang( belah 4)
2 sb sos tomato
1 sb asam jawa adabi
garam secukup rasa

Bahan kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara:
1. Tumis semua bahan kisar hingga garing dan masukkan daun kari dan rempah kari yang telah d canmpur dgn sedikit air. Tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan daging biar sehingga daging empuk.Masukkan santan , ubi kentang n serai.
3. Bila kuah agak pekat masukkan asam jawa dan sos tomato serta perasakan garam.
4. Bl kentang empuk dan rasa garam bolehlah ditutup api.

Saturday, March 19, 2011

Menu tengah hari ini


Hari ini tukar selera. Bukan apa malas punya hal, jadi masak yang paling cepat.Maka terhasilnya mee basah cara mak lang. Resepinya seperti buat mee biasa aja. Main campak-campak dah siap.Lihatlah hasilnya..Boleh tahan juga rasanya.

Friday, March 11, 2011

Kuih Talam Lobak Merah Berlauk


Bahan2nya:
2 cwn Tepung Jagung
300ml santan+200ml susu segar rendah lemah+ 9 cwn air
200gm daging ayam kisar digoreng tanpa minyak
200gm udang segar dicincang dan digoreng kering tanpa minyak
1 btg lobak merah dipotong kiub kecil2
1 batang daun bawang-dhiris
1 batang daun sup-dihiris halus
1 cwn bawang goreng
2 biji cili merah dicincang halus
garam secukup rasa
lada sulah secukup rasa

Cara:
Tepung +santan + lobak merah+ garam dikacau atas api yang sederhana sehingga mendidih dan masak dalam 30minit.
Masukkan daging ,udang,daun sup/bawang, cili dan bawang goreng gaul rata dan matikan api.
Masukkan dalam loyang dan ratakan.Biarkan sejuk , baru dipotong dan dihidangkan .

Sos:
6sb cili kisar+ 6sb cili sos+1sb asam jawa+1sb gula pasir+ 1 ulas bawang putih tumbuk halus+ 500ml air. Kesemua bahan dididihkan sehingga pekat dan masak.
Perasakan dengan garam secukup rasa.Tutup api. Nikmati bersama kuih talam.

SELAMAT MENCUBA!!!..

Saturday, February 26, 2011

Sarapan pagi merangkap menu tghri.


Pagi ni mak lang buat sarapan untuk keluarga apam lemak yang ideanya dtg secara spontan. Jadi resepinyapun main campak-campak ja . Itu perkataan yang sering dikatakan oleh orang-orang OTAI spt mak lang. Klu nak resepi ini taklah bersukat.
Bahannya seperti di bawah.
Tepung gandum lebih kurang 2 cwn
1sudu teh baking powder
1 sudu makan susu tepung
1 sudu teh garam
1 biji telur
Air secukupnya.

Cara:
Gaulkan semua bahan kering dan masukan telur dan air dikacau dgn pemukul telur hingga sebati . Adunannya cair spt buat kuih dadar. Perap sebentar.
Panaskan kuali leper sapukan sedikit myk masak.
Bila kuali panas masukkan adunan dalam 2 senduk nasi dan ratakan mengikut saiz yg dikehendaki.
Agak garing terbalikkan lebih kurang 1 minit
Angkat dan lipat dua
Bolehlah dinikmati bersama kuah kari atau kuah durian bagi yang suka manis. Mak lang suka pedas.

Kari ikan Parang
Bahan
4 potong ikan parang
1 sudu cili kering kisar
1 bungkus rempah kari ikan+ sedikit air dan gaul sebati
3 ulas bawang putih-tumbuh
1 inci halia -tumbuh
1 biji bawang besar-tumbuh
2 tangkai daun kari
1 sudu makan asam jawa ADABI
1sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
garam secukup rasa
1 liter air-utk kuah
santan kotak 1/2 kotak
3 biji buah tomato( blh masuk sayur bendir atau yg. sesuai)
Myk masak secukupnya utk menumis

Cara:
Panaskan minyak.
Bl minyak panas masukkan bahan yg. ditumbuh kacau biar hingga naik aroma masukkan cili kisar biar sampai garing dan masukkan rempah kari beserta daun kari. Biar sampai naik minyak/pecah minyak
Masukkan ikan biar dalam 4-5minit. Bl rempah dah menyerap pada ikan masukkan air yang dicampur dgn santan.
Masukkan asam jawa, sos tiram , sos tomato . Biar hingga kuah menggelegak, masukkan garam secukup rasa. Mak lang suka kuahnya pekat. Klu tak suka kuah pekat agak kuah dah masak masukan tomato biar sebentar blhlah diangkat dan dihidangkan bersama apam tadi.
Selamat mencuba!...

Mengintai sejenak..

Rindunya ...lama tak menjengah laman ni. Sejak kebelakangan ni....apa lagi awal tahun banyak kerja yang nak disiapkan.kadang-kala rasa tertekan juga dibuatnya. Tapi apa boleh buat dah arahan buat jugalah... walau dalam paksaan. Dapurpun kadang kala tak berasap. Beli ja. Nantilah bila dah lega sikit insaallah akan ada perkongsian resepi.
Tapi tak tahu bila masa tu akan sampai.