Sunday, January 27, 2013

ASAM PEDAS DAGING


Assalamualaikum....hari ini mak lang nak kongsi resepi asam pedas daging Melaka cara mak lang. Gulai ni selain sedap dimakan dengan nasi boleh juga dimakan bersama roti , lempeng atau jemput-jemput air garam. Oklah meh lihat resepi.

Asam Pedas Daging

1/2 kilo daging pejal-potong saiz kecil(ikut saiz masing2lah ya!
8sudu makan cili kering kisar-klu ingin lagi pekat atau pedas blh tambah
2 labu bawang besar*
4ulas bawang putih*
1inci halia*
3 batang serai dititik
3 helai daun limau purut disiat2
1sdb ketumbar
1sdt jintan manis
1sdt jintan putih
 500ml air
2sdb cuka epal/asam jawa
garam secukup rasa
sayur bender dan tomato ikut suka
 minyak masak utk menumis

Cara
1. Bhn yg bertanda dikisar halus
2. Panaskan minyak  dalam periuk dan tumis bawang , cili , ketumbar, jintan manis dan jintan putih hingga pecah minyak
3. Masuk daging dan 1sdb kunyit serbuk gaul rata dan biarkan dalam 5-10 minit mereneh
4. Masukan air lebih kurang 500ml , serai dan daun limau purut
5. Bila daging dah lembut masukan garam dan cuka epal/ asam jawa. Biar dalam sekejap dan masukkan sayur . Biar dalam 5 minit , rasa garam. Blhlah ditutup api. Sedia untuk dihidangkan


Sunday, January 20, 2013

Juadah Minum Petang

Assalamualaikum...lama mak lang tidak update laman ni. Hr ni ni mak lang cuma nak kongsi  juadah minum petang mak lang yang simple ja. Budah sekolah rendahpun boleh buat. He he he...jemput2 tauge + bawang . Simple kan..........cecah dengan sambal tumis udang. Sedaplah makan panas-panas. Jom layan...........

Thursday, January 3, 2013

Tahun 2013

Assalamualaikum.......
Lamanya mak lang tidak menjenguk laman ni. Bukan apa takda idea apa nak tulis, Sebagai permulaan tahun 2013 maka mak lang coretkan sedikit kata-kata walaupun kekeringan idea . Hendak masukan resepi rasa semua masakan mak lang biasa-biasa aja. So rasanya tak perlulah nak masukan di sini. Insyaallah kalau ada resepi yang mak lang kira best untuk dikongsikan akan mak lang kongsikan ya! Okay cukuplah setakat ini celoteh mak lang.Hingga bertemu lagi di alam maya.......