Tuesday, March 29, 2011

Mee Hoon bebola ikan

Ni dia bee hoon bebola ikan untuk sarapan pagi Isnin hari tu.Khas buat anak gadis mak lang.

Saturday, March 26, 2011

Ikan Parang Lemak Cili Api


Tengah hari ini mak lang masak ikan parang lemak cili api campur kacang panjang dan belimbing buluh.Kalau kat kg mak lang panggil lomak cili api. Buah belimbing pokok sendiri.Kali ni ramah pokoknya. Ada yang berbunga dan berputik. Dah lama tak masak lemak cili api campur buah belimbing, jadi hari ni masaklah.Pada anak ibu atau anak-anak yang belum pernah atau nak belajar masak lemak ini di bawah disertakan resepi. Jom kita layan.

Bahan
4 ketul/potong ikan parang
Santan dari 1 biji kelapa.(dalam 600ml)
kacang panjang ikut suka
6 biji buah belimbing buluh belah dua dan ketuk sedikit
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa

Bahan kisar
segenggam cili api
sedikit belacan

Cara
ikan yang telah dibasuh dengan asam jawa masukkan kedalam periuk(mak lang guna kuali sbb mengelakkan ikan hancur dan mudah nak kacau kuah.
Masukkan bahan kisar,belimbing dan santan. Masak atas api dan kuahnya dikacau selalu agar tidak pecah minyak.
Bila kuah mendidih , masukkan garam dan kacang panjang. Biar sebentar ,rasa garam. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!..

Jemput-jemput jagung berlauk

Pagi sarapan jemput-jempaut jagung berlauk.Nama ni mak lang reka ajalah...Lepas solat subuh mulalah memikirkan menu apa untuk sarapan. Teringat ada jagung kat dalam peti sejuk dan udang basah juga ada. Jadi terfikirlah nak buat jemput-jemput jagung + udang. Kenapa dipanggil jemput-jemput ya? Kalau pada mak lang masa menggoreng dohnya dijemput masuk dalam kuali. Itu sebab dipanggil jemput-jemput. Mak langpun kalau mengoreng suka jemput kecil-kecil supaya hasilnya garing, dan nampak comel. Ok klau pada anak-anak remaja yang teringin nak belajar memasak bolehlah cuba resepi ni. Tapi...pada yang dewasa nak cuba boleh juga...

Bahannya.
2 cwn tepung gandum
1 tongkol jagung-ceraikan dari tongkolnya.
1 labu bawang besar potong dadu kecil
1 biji cili merah potong kecil
udang l/2 cwn-kalau bubuh lebihpun takpa lagi sedap
1 biji telur
1 cwn air suam/sejuk paip.
garam secukup rasa.

Cara
Gaul semua bahan sampai sebati dan biar sebentar sementara minyak di kuali panas.
Bila minyak dah panas bolehlah dijemputkan ke dalam kuali. Balik-balikkan sampai kekuningan dan bolehlah diangkat dan dinikmati.
Selamat mencuba!..

Friday, March 25, 2011

Karipap Oh karipap.....

Hari ini sarapan pagi buat karipap kentang sardin.Awal pagi bangun dah menggentel karipap untuk sarapan anak ke sekolah. Dan sempat juga masak gulai asam pedas tenggiri. Alhamdulillah semuanya beres. Jadi hari ini tak payah masak lauk( beli kat kantin sekolah). Dah berapa hari doh masak kat kantin. Maklumlah ibu berkerjaya katakan.. Ini dia hasil karipap dan gulai asam pedas tenggiri.Kalau nak resepi lihatlah pada post yang lama. Resepinya sama aja.....
Karipap yang masih dalam kuali tengah di goreng....

inti karipap kentang + sardin

Karipap panas..

Thursday, March 24, 2011

Ketayap Sardin

Hari ini sarapan pagi untuk keluarga mak lang kuih ketayap sardin. Biasa kuih ketayap intinya manis, itulah yang keluar dari mulut anak gadis mak lang dan warnanya hijau. Kenapa tak taruh warna hijau katanya lagi. Jawap mak lang itu ketayap manis.... kalau kuih ketayap pedas warna kuninglah....Lihatlah hasilnya. Sebenarnya ini pertama kali mak lang buat. Ilham spontan......Resepi biasa aja.
Bahan inti
1 labu bawang besar potong kiub
2 ulas bawang putih cincang dadu
2 sb cili kering kisar
1 tin besar sardin Adabi-di buang sosnya
myk utk menumis secukupnya
1sk asam jawa adabi

Cara
Tumis bawang dan cili hingga garing masukkan sardin letak sedikit air + asam jawa+ garam secukup rasa.Hancurkan sardin.Biarkan kering bolehlah diangkat dan sejukkan.

Bahan dadar
1cwn tepung gandum
1sk kunyit powder/ pewarna kuning
sedikit garam
1/2 cwn air
1 biji telur

Cara
Bancuh kesemua bahan hingga sebati dan tapis. Biarkan sebentar. Barulah di dadar.Buat hingga habis. Bubuh inti dan gulung.
Selamat menjamu selera..

Sunday, March 20, 2011

Kari Daging Cita Rasaku


Hari ni masak kari daging . Lama nak buat. Daging yg. berada kat dalam peti beku dah lama dok keluar masuk peti. Asyik tak jadi ja nak buat. Hari ni jadi juga kari daging . Mak lang panggil Kari daging cita rasaku sbb bahannya ikut hendak hati ja, nak letak apa. Alhamdulillah rasanya boleh tahan sedap. Sbb suami mak lang yang memang suka kari daging nampak selera bl makan.Itu menandakan kari ini memenuhi seleranya.Alhamdulillah...
Resepinya..
Bahan
1kg daging lembu
santan dari 1/2 biji kelapa( 1 liter air)
3 sb kari daging Babas
1 sb cili kisar
2 pelepah daun kari
2 batang serai, d titik
rempah 3 sekawan
3 biji kentang( belah 4)
2 sb sos tomato
1 sb asam jawa adabi
garam secukup rasa

Bahan kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara:
1. Tumis semua bahan kisar hingga garing dan masukkan daun kari dan rempah kari yang telah d canmpur dgn sedikit air. Tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan daging biar sehingga daging empuk.Masukkan santan , ubi kentang n serai.
3. Bila kuah agak pekat masukkan asam jawa dan sos tomato serta perasakan garam.
4. Bl kentang empuk dan rasa garam bolehlah ditutup api.

Saturday, March 19, 2011

Menu tengah hari ini


Hari ini tukar selera. Bukan apa malas punya hal, jadi masak yang paling cepat.Maka terhasilnya mee basah cara mak lang. Resepinya seperti buat mee biasa aja. Main campak-campak dah siap.Lihatlah hasilnya..Boleh tahan juga rasanya.

Friday, March 11, 2011

Kuih Talam Lobak Merah Berlauk


Bahan2nya:
2 cwn Tepung Jagung
300ml santan+200ml susu segar rendah lemah+ 9 cwn air
200gm daging ayam kisar digoreng tanpa minyak
200gm udang segar dicincang dan digoreng kering tanpa minyak
1 btg lobak merah dipotong kiub kecil2
1 batang daun bawang-dhiris
1 batang daun sup-dihiris halus
1 cwn bawang goreng
2 biji cili merah dicincang halus
garam secukup rasa
lada sulah secukup rasa

Cara:
Tepung +santan + lobak merah+ garam dikacau atas api yang sederhana sehingga mendidih dan masak dalam 30minit.
Masukkan daging ,udang,daun sup/bawang, cili dan bawang goreng gaul rata dan matikan api.
Masukkan dalam loyang dan ratakan.Biarkan sejuk , baru dipotong dan dihidangkan .

Sos:
6sb cili kisar+ 6sb cili sos+1sb asam jawa+1sb gula pasir+ 1 ulas bawang putih tumbuk halus+ 500ml air. Kesemua bahan dididihkan sehingga pekat dan masak.
Perasakan dengan garam secukup rasa.Tutup api. Nikmati bersama kuih talam.

SELAMAT MENCUBA!!!..