Sunday, June 3, 2012

Cucur Udang versi jemput2 Udang

Assalamualaikum..hari ni mak lang nak jamu mata tetamu laman mak lang dengan jemput2 udang...Bagi yang dah terror masak tu ini menu senang sgt, tp bganak2 mak lang tetamu laman ini bg yang tidak pernah buat cucur udang atau jemput2 udang blhlah rujuk resepi ni klu nak belajar ya...Ok lihat resepi..

Cucur udang/jemput2 Udang



Bahan
3 cwn tepung gandum
udang basah 1 cwn
50sen tauge
secekak daun kucai
1 sdt serbuk kunyit
1sdt garam
air suam dlm 500ml
1 biji telur-mak lang x ltk sbb tak suka

minyak utk menggoreng


Cara:
Campurkan semua bahan dan gaul sebati/rata.Rasa garam secukup rasa.
rehatkan beberapa minit. Kmdn baru digoreng . Klu guna senduk kuah panaskan senduk dulu baru masukkan adunan dan letak seekor udang diatasnya. Mak lang gaul sekali udang  ngan tpg .Mak lang jemput2 aja..sbb pak lang suka kecil/comel ...senang masuk mulut dan goreng garing.


SELAMAT MENCUBA!....

Saturday, June 2, 2012

Masih Mood " R"

Assalamualaikum  .......hari ni mood 'R'  mak lang  lebih besar dari m, so dapatlah mengukis.Lagipun cuti2 ni dapatlah buat kudapan. Kebetulan jiran mak lang nak berpindah ke Alor Star balik kampung sendiri. Bolehlah mak lang beri sebalang untuk anaknya  Afiqah  kawan sepermainan anak mak lang Akram. Kali ni mak lang mencuba resepi yang mak lang CP dari blogs malaykueh dan kak Mas rakan maya . Minta halalkan resepi ni ya! Terima kasihlah yang empunya resepi...Tapi minta maaf sbb mak lang menderhaka  kerana ada penambahan bahan. Cookiesnya memang sedap dan rangup . Jom lihat bahan  

Coklat Cip Cookies
250gm butter
150gm brwn sugar+ 150gm gula castor(mak lang guna 300gm brown sugar ja) gula castor x guna.\
3 biji kuning telur
300gm tepung gandum}
3sdt baking powder}
2sdt soda bokarbonate}
2sdb serbuk koko}diayak bersama
100gm coklat cip/white coklat
100gm badam cincang
100gm cornflakes-ramas2 kasar(ni mak lang tambah sendiri)
1sdt esen vanila

Cara:
1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Kmdn masukkan telur dan pukul lagi.
2. Masukkan tepung yg telah diayak bersama bp,bs dan koko.Gaul rata.Kmdn masukkan badam, coklat cip dan cornflakes gaul  hingga rata.
3. Bulatkan adunan sebesar duit syiling 10sen dan susun dalam dulang . Jarak-jarakkan kr biskut mengembang. Bakar dalam suhu 180 C dalam 20 minit. Ikut kepanasan oven masing2...

Cubalah ...Biskutnya ringan dan rangup.

Nilah hasilnya....

Kembang setaman macam org yg. membuatnya...he he he....

Friday, June 1, 2012

Nasi Ayam Penyek Berempah eko-brown

Hari ini menutengahari mak lang buat nasi ayam penyek berempah eko-brown. Bagaimana namanya tercetus di minda mak lang kerana beras yang mak lang gunakan ialah beras perang eko-brown. Begitulah ceritanya...Jom lihat resepi....

Bahan: Nasi
 3 cwn beras perang
3 3/4 cwn air sup ayam
1 sdt garam

Cara: Masak nasi macam biasa hinggalah tanak

 1 ekor ayam yg. telah di potong dan di bersihkan
 4 ulas bawang putih receh halus
1 ulas bawang basar merah -receh halus
1 1/2 halia-rec
 rempah 4 sekawan( bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga)
2 sdb minyak-utk menumis
 1500ml air
Garam secukup rasa
 daun sup n daun bawang.

 Cara:Sup
Tumis rempah hingga wangi dan masukan bahan yang direcih tumis hingga kekuningan. Masuk air dan ayam. Bila kuah mendidih keluarkan ayam dan toskan. Masukan garam secukup rasa biarkan mendidih lagi tutup api.
 Ayam yang di tos perap dengan rempah-jintan manis, ketumbar dan jintan putih ,garam dan kunyit. Biarkan sebentar(lagi lama diperap lagi baik). Kmdn baru digoreng hingga garing(ikut selera masing2). Angkat dan penyekan dgn pisau  potong daging.  klu x da guna batu lesung ya!..So jdlah ayam penyek.....

Sambal Belacan
Tomato. 2 biji tomato dibersihkan dan belah nipis.
 3 biji cili merah.
 15 biji cili api.
 belacan dalam 1 1/2 inci.
1 labu bawang merah besar
Kesemuanya dibersihkan dan goreng hingga layu dan angkat.
 Kmdn campur setengah cwn air dan kisar, jgn sampai halus sangat.Ikut citarasa sendiri.
 Slps itu minyak yang digunakan untuk menggoreng bahan yg dikisar gunakan untuk menumis sambal.
 Biarkan sambal pecah minyak dan tambah garam secukup rasa, dan blh tutup api .Makan dengan nasi ayam atau nasi putih biasa.
SELAMAT MENCUBA!..

Sarapan Pagi Merangkap Minum Petang

Hari ni "R"lebih besar dari "m"so pagi tadi mak lang buat kuih kaswi untuk sarapan pagi. Ada lebih buat sarapan petang.Teringin pula nak makan kuih kaswi. Kalau nak cuba buat ,jom lihat resepi..
KUIH KASWI
Bahan:

1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung ubi
1 buku gula Melaka+ 3/4 gula perang + 2 1/4 air.Masak atas dapur hingga gula larut dan tapis serta biarkan sejuk .
1/2 sdt kapur.
1 sdt kicap pekat(mak lang guna kicap mee Tamin
1/2 biji kelapa parut putih + 1 sdt garam-kukus dalam 5 minit.

Cara:
Panaskan air di dalam kukus hingga mendidih. Campurkan semua bahan kecuali kelapa dan gaul menggunakan senduk kayu hingga sebati.(mak lang guna whish). Setelah itu tapis adunan dan bolehlah di curah ke dalam acuan atau loyang yang telah dipanas sebentar 2-3 minit.
Kukus selama 1/2 jam.
Cukup 30 minit matikan api dan angkat kuih biarkan sejuk baru keluarkan dari acuan.
Boleh dimakan dengan kelapa yang dikukus.

SELAMAT MENCUBA!....