Friday, April 14, 2017

BUBUR LAMBUK MAK LANG

Assalamualaikum......
Lama tak update laman ni. Hari ini mak lang nak kongsi resepi bubur lambuk yang selalu mak lang buat untuk pot luck kat sekolah. Jom semak resepi. Maaflah dah da gambar.

Bubur Lambuk
(Resepi  Sendiri)
 A
2kg beras
Air secukupnya-mak lang agak2 ja
2 kotak santan

2kiub pati lembu Norr

B
Serai 4 batang-diketuk
3/4 helai daun pandan
 1kg daging lembu /ayam
 1cawan udang kering-kisar kasar


C
Hiris nipis
2 biji bawang merah
6ulas bawang putih

D
 Kisar halus
 4 biji bawang merah besar
12 ulas bawang putih
2 inci halia
2sdb jintan manis-sangai
2sdb ketumbar-sangai
2sdb lada hitam-sangai

E
Rempah tumis
3inci kayu manis
9 kumtum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
sekuntum bunga lawang

Minyak untuk menumis
3sudu planta

Cara:
1. beras di bersihkan dan tos
2. Tumis bahan E dan C ,, D yang  kisar hingga naik bau dan garing.  Kmdn masukkan Bhn B kacau rata
3. Masuk air  dan beras ( secukupnya) utk mengembangkan beras.
4. Setelah beras kembang masuk masukkan santan. dan kiub pati lembu( tambah air sekiranya terlalu pekat.( Bubur hendaklah selalu dikacau agar tidak hangit)
5Bila bubur mendidih tutup api perisakan dengan garam secukup rasa Dah boleh makan. tabur bawang goreng, daun sup dan daun bawang serta cili merah hiris