Sunday, June 30, 2013

Tart Nenas Butang



Assalamualaikum semua...Ni resepi tart Nenas Mak Lang..Namanya Tart Nenas Butang sebab macam bentuk butang...he he he... Tiap-tiap tahun nilah tart nenas yang mak lang buat.
Jom lihat resepi.
Tart Nenas Butang
250gm  mentega farmcow
1sudu teh  gula halus
1 biji kuning telur
13/4 tepung gandum  @secukupnya (ikut  kelembutan doh@ doh blh dibentuk)
1 sudu teh  warna kuning
1sdt esen vanilla
1 biji kuning telur pukul n letak sedikit pewarna kuning utk hiasan di atas biskut ( titikan kuning telur menggunakan lidi satey)

Cara:
1.       Pukul kembang gula halus +  mentega Masukan kuning telur  pukul sebati
2.       Masukan tepung  gandum sedikit 2  uli sebati menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari..
3.       Biarkan sebentar  @rehatkan doh sebentar
4.       Ambil sedikit doh leperkankan dan letak sedikit jem nanas dan bulatkan doh.
5.       Doh yang telah di bulatkan disepit  bahagian atasnya  dengan pengepit biskut tart  untuk menghasilkan corak. Dan titikan kuning telur di atas biskut.
6.       Bakar dalam suhu  160C selama 15-20 minit.
7.       Bl sudah masak  keluarkan dari oven dan biarkan ia sejuk. Masa masih panas biskut  sangat lembut bl di sentuh. Tp bl sudah sejuk  ia akan  mudah utk dipegang dan tidak melekat d jari.

P/S  jgn habiskan tpg. Masukan sedikit2. Klu lembut blh tambah tpg lagi n klu keras tambahkan mentega .

Thursday, April 25, 2013

KHASIAT PATI DELIMA UNTUK KESIHATAN BADAN

Assalamualaikum...hari ni mak lang tak nak berkongsi resepi masakan tapi nak berkongsi khasiat Pati Delima. Telah hampir tujuh bulan mak lang dan keluarga mengamalkan minum Pati Delima bersama Cuka Epal.Alhamdulillah khasiatnya ternyata berkesan. Masaalah kesihatan mak lang dan keluarga juga semakin sehat. Semua itu adalah dengan izin Allah juga. Kalau dulu mak lang sering sakit lutut, tulang belakang dan gastrik  serta masaalah angin. Pantang tersilap makan. Siaplah badan akan mula sakit-sakit dan jalanpun tak betul menahan sakit . Tapi alhamdulillah semua itu kurang menyerang. Kalau sakit sikit-sikit tu biasalah. Bukankah kesakitan itu penghapus dosa..Banyak pula celoteh mak lang..Jom tengok khasiat  Pati Delima.
                                            PATI DELIMA GULSAN RM15.00/250ML

1. Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
2. Melawan penyakit gout
3. Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
4. Merawat ‘sinus’
5. Mengatasi masalah kekeringan vagina wanita secara semulajadi
6. Meningkatkan tenaga
7. Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar
8. Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita .  daripada rosak

9. boleh meredakan ketegangan urat saraf
10. Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
11. Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
12. Mengatasi masalah penyakit buasir
13. Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
14. Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua
15, Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
16. Menormalkan fungsi hati
17. Menstabilkan peredaran darah
18. Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
19. Mencuci darah kotor
20. Antioksida yang tinggi
21. Menstabilkan paras kolesterol
22. Mencegah penyakit jantung
23. Mencegah penyakit barah
24. Merangsang tenaga batin


Oleh sebab khasiatnya sangat banyak dan merupakan Pati buah dari syurga serta makanan sunnah Nabi maka mak lang ambil keputusan menjadi penjual kepada Produk Pati Delima Gulsan. Harganya berpatutan sebab mak lang ambil terus dari pemborong. Sebotol hanya RM15.00/250ml sahaja ....tapi tidak termasuk wang pos.Klu masuk wang pos dah lain hargalah ya! Selain dari Pati Delima mak lang juga ada menjual Cuka Epal dan Minyak Habbatus Sauda berbentuk soft gel kapsul.

Bagi harga Cuka Epal tidak termasuk pos ialah RM15.00 /500ml

Bagi Habbatus Sauda RM15.00 /30 kapsul


Bagi yang berminat  nak membeli boleh hubungi mak lang kat no. ni ya!...0133329380/ whatsap 0173359378( sms aja) Insyaallah mak lang akan jawab sebarang pertanyaan tentang Produk ini.Tapi bagi yang betul-betul serius untuk membeli.....kalau sekadar main-main aja mak lang tak nak layan...Malas..
Kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang produk ini boleh juga lawat atau klik kat SINI.
Hingga berjumpa lagi dengan episod resepi yang lain ya!................

Sunday, January 27, 2013

ASAM PEDAS DAGING


Assalamualaikum....hari ini mak lang nak kongsi resepi asam pedas daging Melaka cara mak lang. Gulai ni selain sedap dimakan dengan nasi boleh juga dimakan bersama roti , lempeng atau jemput-jemput air garam. Oklah meh lihat resepi.

Asam Pedas Daging

1/2 kilo daging pejal-potong saiz kecil(ikut saiz masing2lah ya!
8sudu makan cili kering kisar-klu ingin lagi pekat atau pedas blh tambah
2 labu bawang besar*
4ulas bawang putih*
1inci halia*
3 batang serai dititik
3 helai daun limau purut disiat2
1sdb ketumbar
1sdt jintan manis
1sdt jintan putih
 500ml air
2sdb cuka epal/asam jawa
garam secukup rasa
sayur bender dan tomato ikut suka
 minyak masak utk menumis

Cara
1. Bhn yg bertanda dikisar halus
2. Panaskan minyak  dalam periuk dan tumis bawang , cili , ketumbar, jintan manis dan jintan putih hingga pecah minyak
3. Masuk daging dan 1sdb kunyit serbuk gaul rata dan biarkan dalam 5-10 minit mereneh
4. Masukan air lebih kurang 500ml , serai dan daun limau purut
5. Bila daging dah lembut masukan garam dan cuka epal/ asam jawa. Biar dalam sekejap dan masukkan sayur . Biar dalam 5 minit , rasa garam. Blhlah ditutup api. Sedia untuk dihidangkan


Sunday, January 20, 2013

Juadah Minum Petang

Assalamualaikum...lama mak lang tidak update laman ni. Hr ni ni mak lang cuma nak kongsi  juadah minum petang mak lang yang simple ja. Budah sekolah rendahpun boleh buat. He he he...jemput2 tauge + bawang . Simple kan..........cecah dengan sambal tumis udang. Sedaplah makan panas-panas. Jom layan...........

Thursday, January 3, 2013

Tahun 2013

Assalamualaikum.......
Lamanya mak lang tidak menjenguk laman ni. Bukan apa takda idea apa nak tulis, Sebagai permulaan tahun 2013 maka mak lang coretkan sedikit kata-kata walaupun kekeringan idea . Hendak masukan resepi rasa semua masakan mak lang biasa-biasa aja. So rasanya tak perlulah nak masukan di sini. Insyaallah kalau ada resepi yang mak lang kira best untuk dikongsikan akan mak lang kongsikan ya! Okay cukuplah setakat ini celoteh mak lang.Hingga bertemu lagi di alam maya.......