Saturday, October 27, 2012

Juadah Aidil Adhaku

Assalamualaikum.....
Hari ini mak lang nak kongsi juadah hari raya aidil adha semalam.Walaupun dah hari raya yang ke dua, juadahnya baru hari ini selesai  dan baru mak lang sempat nak upload. Alhamdulillah takda pembaziran. Dapatlah beri pada jiran mak lang . Adik dan ipar duaipun merasalah juadah yang disediakan pada pagi raya. Jom lihat  juadah yang disediakan semalam. Cuci mata ja ya!







Monday, October 22, 2012

Tart Nenas Untuk Raya Aidil Adha

Assalamualaikum..
Hari ni mak lang nak kongsi biskut tart yang mak lang buat minggu lepas. Akhirnya sampai juga hajat nak buat tart nenas ni. Masa raya puasa yang  lepas tak kesampaian. Inipun beberapa kali butter keluar masuk peti sejuk. Tapi akhirnya jadi jugalah tart nenas butang mak lang ni. Mak lang namakan butang sebab nampak macam butang kan..Nak buatnya memanglah perlukan kesabaran. Tapi setiap tahun inilah bentuk tart nenas yang mak lang buat. Gebukan.....Memang lembut ja masuk kat mulut. Hari ini cuci mata jalah ya!. Mood  "M" mak lang besarlah..Jom cuci mata...

                                                Tart Nenas Butang


Sunday, October 14, 2012

Sup Sayur Campur Sempoi

Assalamualaikum!....

Lamanya tidak update laman ni. Kekangan masa membuatkan mak lang lama tak update. Malam ni mak lang nak berkongsi menu diet mak lang dan anak dara mak lang. Pak lang dan anak bujang mak lang tak minat menu macam ni. Lagipun Pak Lang gi masjid katanya ada mesyuarat. Pasti lewat balik. Dia biasalah ...... Kalau dah malam-malam memang tak makan , apa lagi kalau sup sayur macam ini.  Kalau si Akram lagi tak minat sup sayur. Oklah berleter pula mak lang ni. Nak resepi ke???? Mudah sangat nak buat dan sangat sempoi.....Apa ja sayur yang ada bolehlah dicampurkan.Nak  resepinya ke???........Pandai-pandai agaklah ya! kalau nak makan ramai , gunalah sayur yang banyak, Mak Lang makan berdua ja. So agak-agak cukup , lebur jalah.

Sup Sayur Sempoi Mak Lang
Bahan
Sedikit sayur brokoli
sebiji petola
sedikit bunga kobis
sebungkus kecil cendawan tiram
sedikit suun
segenggam udang basah
3 biji bawang putih -cincang dadu dan tumis
1-2 sdb minyak masak untuk menumis
Air secukupnya untuk kuah
Lada sulah ikut rasa
Garam secukup rasa

Cara
1 Panaskan kuali ( mak lang guna kuali ) dan masukkan 1sudu besar minyak.
2. Bila minyak sudah  panas masukkan bawang putih , tumis hingga bawang kekuningan dan masukkan air , udang dan lada sulah secukup rasa.
3 Bila kuah mendidih masukkan  suun dan sayur-sayuran. serta garam. Biar dalam 2-3 minit , rasa garam dan tutup api. Dah boleh makan.

Sup ni mak lang makan dengan sambal kicap cili padi, Sebab nak rasa pedas dan berapi.Inilah resepi yang sangat sempoi untuk dicuba, terutamanya pada anak remaja yang baru nak belajar memasak...........

SELAMAT MENCUBA.....