Friday, May 27, 2011

Kek Kopi Marble

First time mencuba, alhamdulillah menjadi. Mulanya nak buat apam Indon, tp yang jadi kek pula. Memang rezeki kengkawan nak merasa kek marble yang resepinya lama tersimpan di dalam buku resepi Pn. Nor Aini Zakaria. Kalau tak sebab gas habis ,mungkin resepi ni tak dicuba. Rupanya ada hikmak di sebalik kehabisan gas di pagi hari. Kebetulan stok tong gas yang satu lagipun dah kosong. Kalau ikut hati bila tengok jam dah pukul 5 pagi lebih malas nak buat takut kelewatan ke sekolah. Alhamdulillah kalau kita ikhlas nak berkongsi makanan dengan kawan ,sempat juga kek ni masak.Keluar ja dari oven ,terus keluarkan dari loyang dan masukkan pinggan dan bawa ke sekolah.Suspen juga takut kek tak menjadi..Sampai kat sekolah apa lagi operasi memotong dan merasa keklah. Suspen ja....bila nak suruh kawan makan. Syukur alhamdulillah kawan2 semua puji kek ni sedap. Mak lang ni suka nak membuat tapi bab makan kurang gemo yang manis2 ni. Sebenarnya hr. ni hari terakhir sekolah sebab nak cuti. Tulah kat sekolah buat potluck. Tapi tak best sebab mak lang hari ini sederet kelas 6 waktu. Bila rehat nak pilah menjamu selera. Alah mak!... tinggal baki-baki sajalah.Apapun seronok makan masakan kawan2. Kami memang suka buat potluck. Tanggung jawab tetap berjalan , masing2 tahu tanggung-jawab sendiri. Itulah kelebihan guru2 SMKTD. Panjang pula cerita mak lang...kalau nak mencuba resepi kek ni bolehlah lihat resepinya di bawah.
Ni dia kek yang masih panas, sedap lembut dan gebu...
Kek Kopi Marmar(Marble)
Bahan A (Diayak bersama)
220gm tepung kek
1sudu teh serbuk penaik

250 mentega
200gm gula halus
50ml air susu(mak lang guna susu segar dutch Lady rendah lemak)
4 biji telur gred A
2 sudu teh emulco kopi
sedikit pewarna merah, hijau dan coklat(mak lang takda warna coklat so biarkan saja warna asal)

Cara :
1. Seperti biasa gris acuan 8 X 8 inci.Lapik dengan kertas serap minya. Panaskan oven pada suhu 180C
2.Satukan mentega dan gula kastor ,pukul hingga adunan kembang dan putih.
3. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.
4. Masukkan bahan A sedikit-sedikit sambil dikacau berselang-seli dengan air susu.
5. Masukkan emulco kopi dan gaul sebati.
6. Bahagi adunan 3 bahagian. Warnakan mengikut warna coklat, hijau dan merah tau warna yang disukai.
7. Letakkan satu senduk adunan berwarna berselang-seli dalam acuan. Ambil sebatang lidi dan lorekkan satu bulatan atas adunan tersebut. Bakar 1 jam atau hingga masak.

* Tapi kek maklang masak dalam 35-40 minit .Sebenar bergantung pada ketuhar masing2. Mulanya mak lang nak ikut seperti masa yang terdapat pada resepi. itu yang nak perang kek tu. Nasib baik mak lang uji dengan lidi , kalau tunggu 1 jam alamat hanguslah kek tu. Kesimpulannya agak sendirilah bila tengfok kek tu dah macam masak ujilah dengan lidi, bila lidi bersih keluarnya,.. menandakan kek tu dah masak. Tapi mesti 30 mint keatas. Kalau belum 30 minit ke atas takut kek jadi bantat.
Selamat mencuba!..

No comments:

Post a Comment

Post a Comment