Monday, November 26, 2012

Pucuk Ubi Gulai Tempoyak


Assalamualaikum...
Hari ini mak lang ingin berkongsi resepi yang biasa aja. Resepi orang lama@ kampung. Sebenarnya mak lang nak masak gulai tempoyak@ sambal tempoyak daun . Tapi di sebabkan kat pasar ketiadaan petai maka hasrat tu tak kesampaian.Sebenarnya gulai ini untuk  makan tengahari semalam punya. Hari ini baru sempat nak entri. Di sebabkan ingin memenuhi keinginan anak dara mak lang Si Hidayah tu lama teringin nak makan gulai tempoyak , so mak lang masaklah juga. Cuma tukar sikit resepi.Gulai tempoyak pucuk ubi rencah ikan kembung. Lihat resepi.........

Bahan2nya:
1 ikat pucuk ubi-celur kemudian di kerat pendek
2 btg serai -dititik

 Bahan dikisar
50sen cili padi
 3 sm belacan

1 sendok tempoyak- nak letak lebihpun blh 
santan-1biji kelapa parut
garam secukup rasa
6 ekor ikan kembong
1 sdk serbuk kunyit

Cara
1. masukan bhn yg dikisar , tempoyak, ikan kembong , serai , kunyit serbuk dan santan ke dalam periuk dan biar sampai mendidih. Dikacau selalu supaya tidak hangus dan pecah minyak
2. Bila kuah mendidih, masukan pucuk ubi biar mendidih lagi  dan kuah masak Perasa dgn garam secukup  rasa.
3, Angkat dan bolehlah dimakan dengan nasi panas dan ikan masin. Nyum2....

Sunday, November 25, 2012

Cetusan Idea.

Assalamualaikum semua..
Hari ini mak lang ingin bercerita tentang blogs baru mak lang yang dinamakan PRODUK SUCI LAGI HALAL. Tercetusnya idea ini adalah disebabkan pengalaman mak lang menggunakan Pati Delima. ALHAMDULILLAH, dengan izi ALLAH swt  kesesuaian dan keberkesanan mak lang menggunakan Pati Delima ini maka mak lang berbincang dengan Pak lang (suami mak lang), kita buat perniagaan produk ini dengan harga patut. Selain itu mak lang ni ada hobi memasak  seperti buat kek dan biskut serta kuih-muih.  So dengan hobi ini mak lang rasa bolehlah dijadikan sumber pendapatan sampingan. Memandangkan ada galakan dari rakan yang membuat tempahan kek coklat moist dan coklat cip kukis, so hasrat ini mak lang realisasikanlah. Tapi untuk tempahan kecil-kecilan sajalah....kerana  tidak ada pembantu. Kepada pengunjung laman mak lang ini sudi-sudi berkunjung ke kedai online di

Kalau berminat bolehlah membuat tempahan dengan emailke zainab.bujang@gmail.com atau sms saja ke 0133329380. Untuk membuat tempahan kek, kukis  atau kuih-muih , kena buat tempahan sekurang kurangnya 2 minggu lebih awal.

Semoga dengan sokongan anda semua berjaya merealisasikan hasrat mak lang untuk menjalankan homemade  bisness  kecil-kecilan secara online .

Wednesday, November 14, 2012

KHASIAT HABATUSSAUDA


 ASSALAMUALAIKUM...

Hari ini mak lang ingin berkongsi tentang khasiat Habatussauda atau di kenali juga dengan jintan hitam.Habbatussauda  dikenal dengan berbagai nama, antaranya black seed, black caraway, black seed, natura seed, jintan hitam, black cumin, nigella sativa, kaluduru, dll. Digunakan sebagai herba  perubatan sejak 2000-3000 tahun sebelum Masehi dan tercatat dalam banyak literatur kuno mengenai ahli perubatan terdahulu seperti Ibnu Sina (980 - 1037 M), dan Al-Biruni (973-1048 M), Al-Antiki, Ibnu Qayyim dan Al -Baghdadi. Ibnu Sina adalah penyelidik genius dari Timur Tengah di bidang perubatan yang namanya tercatat di semua buku sejarah perubatan timur mahupun barat, hidup antara 980 - 1037 M, telah meneliti berbagai manfaat Habbatussauda untuk kesihatan dan perubatan.  

Ahli perubatan Yunani kuno, Dioscoredes, pada abad pertama Masehi juga telah mencatat manfaat habbatussauda untuk mengubati sakit kepala dan saluran pernafasan
Nabi Muhammad s.a.w bersabda : ” Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati ” ( Hadis riwayat Bukhari ).
Di dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Perubatan Cara Nabi) Habbatus Sauda’ boleh mengubati 50 jenis penyakit tanpa kesan buruk.

Antara khasiat hababtussauda:
- mengubat perih/radang / radang gusi / gusi berdarah
- mengubati rheumatic, gout
- mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain)
-Mengatur haid dan meningkatkan aliran susu
-Antiseptik - mengubati bau mulut
-Antivirus - mengubati demam, flu, batuk, radang paru paru, paru paru berair,
-Merawat asma
- mengubati jerawat, psirosis dan ekzema
-Mengubati saluran kumuh dan batu ginjal.
-Mengawal atur system penghadaman, cirit birit, keracunan, membunuh parasit
-Menjaga buah pinggang, limpa, hati, batu karang, hampedu, gastric, ulser perut
-Sistem imunisasi - meningkatkan daya tahan tubuh untuk mengelakkan penyakit.
-Buasir
-Resdung
-Menguatkan tenaga batin
-Melancarkan perjalanan darah haid (senggugut), sakit puan & sakit tuan
-Menguatkan ingatan, IQ
-Anti tumor, anti kanser, mengecutkan tumor
-Mengubati dan mengeringkan luka-luka yang terbuka
-Menormalkan aktiviti otot-otot jantung
-Menyembuhkan penyakit hati/ hepatitis
-Menurunkan kandungan kolesterol dalam darah
-Menyeimbangi kandungan gula dalam darah
-Meningkatkan pengeluaran susu badan

Ok. Cukuplah perkongsian ilmu untuk hari ini. Sesunguhnya ilmu yang bermanfaat  mendapat balasan yang setimpal dari ALLAH TAALA. Kredit kepada Pak Google dan rakan maya yang sudi berkongsi ilmu yang berguna dan bagus untuk semua .


 



 

Saturday, November 3, 2012

Khasiat Jus Delima


Assalamualaikum...
Di sini mak lang ingin berkongsi khasiat PATI DELIMA GULSAN . Daripada pembacaan mak lang dalam laman web rakan-rakan maya, mak lang dapati khasiatnya sangatlah bagus. Di sini mak lang merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan -rakan maya yang sudi berkongsi maklumat tentang khasiat jus pati delima ini. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Ia adalah 100% daripada perahan buah delima, mengandungi khasiat semulajadi baik untuk menjaga kesihatan tubuh badan dan berupaya merawat pelbagai jenis penyakit. InsyaAllah....
Pada mulanya mak lang telah mencuba pada diri mak lang sendiri. Wow...memang terasa kesannya. Antara kesan yang dapat mak lang rasakan ialah badan mak lang terasa ringan, lawas buang air besar memanglah , dan selama ni mak lang selalu cepat letih dan sengal- sengal tulang serta haid mak lang yang dah lama tak muncul, muncul kembali. . sakit lutut mak lang juga dah berkurangan serta. masalah wanita yang dah berumur seperti mak lang  pasti akan terjadi.Alhamdulillah  masalah itu telah dapat di atasi setelah mak lang mengambil PATI DELIMA . Sekarang  mak lang  menjadikan PATI DELIMA ini sebagai minuman kesihatan untuk sekeluarga.
Testimoni pada anak lelaki mak lang- bangun tidur setiap pagi pasti bersin beberapa kali.. Alhamdulillah setelah mak lang beri minum PATI DELIMA ini belum terdengar dia bersin sebaik sahaja bangun tidur waktu pagi. Bersyukur mak lang kepada Allah SWT.
 Kini mak lang sekeluarga telah menggunakannya.
 Di sini mak lang kongsikan antara khasiat yang terdapat dalam jus delima  gulsan ialah:

Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
Melawan penyakit gout
Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
Merawat ‘sinus’
Mengatasi masalah kekeringan vagina wanita secara semulajadi
Meningkatkan tenaga
Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar
Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
Mengatasi masalah penyakit buasir
Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua
Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
Menormalkan fungsi hati
Menstabilkan peredaran darah
Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
Mencuci darah kotor
Antioksida yang tinggi
Menstabilkan paras kolesterol
Mencegah penyakit jantung
Mencegah penyakit barah
Merangsang tenaga batin


MAKLUMAT LANJUT TENTANG JUS PATI DELIMA

MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.

DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.
MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan pembentukan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga mencegah ketidaksuburan dan kemandulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra', dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.

MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.

MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”

MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MICROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.

MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kelenjar prostat. Kebanyakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.

DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Wisconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.

MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.

MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyanyuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.

MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.

DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).
menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
kulit bayi anda sihat, gebu dan cantik

MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.

Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.

Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An’am ayat 99 dan ayat 141.

Mengikut sejarah, buah delima secara tradisionalnya melambangkan kesuburan. Buah delima telah ditanam di Mesir sebelum zaman Nabi Musa. Ia telah ditemui di lembah Indus pada zaman awal dan terdapat perkataan Sanskrit untuk delima.

SEMUANYA  DENGAN KEIZINAN ALLAH S.W.T .INSYAALLAH..........KITA HANYA BERUSAHA DAN ALLAH YANG MENGIZINKAN SEMUANYA  BERLAKU.

                  Nilah rupa buah delima
 


 Pati buah delima yang diambil dari 100% perahan buah delima tulen  adalah pati delima gulsan yang diimport dari Turkey. 

Cara Pengambilan:
1sdb pagi sblm sarapan
1sdb mlm sblm tidur

Harga murah dan berpatutan. Beli
1-10 btl Rm 15.00/1btl
11-23  btl Rm13.00/1btl
24btl( 1 carton) Rm12.00/1btl

Sekiranya anda berminat untuk mencuba boleh talipon mak lang pada no.0133329380/ email pada zainab.bujang@gmail.com