Friday, June 1, 2012

Nasi Ayam Penyek Berempah eko-brown

Hari ini menutengahari mak lang buat nasi ayam penyek berempah eko-brown. Bagaimana namanya tercetus di minda mak lang kerana beras yang mak lang gunakan ialah beras perang eko-brown. Begitulah ceritanya...Jom lihat resepi....

Bahan: Nasi
 3 cwn beras perang
3 3/4 cwn air sup ayam
1 sdt garam

Cara: Masak nasi macam biasa hinggalah tanak

 1 ekor ayam yg. telah di potong dan di bersihkan
 4 ulas bawang putih receh halus
1 ulas bawang basar merah -receh halus
1 1/2 halia-rec
 rempah 4 sekawan( bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga)
2 sdb minyak-utk menumis
 1500ml air
Garam secukup rasa
 daun sup n daun bawang.

 Cara:Sup
Tumis rempah hingga wangi dan masukan bahan yang direcih tumis hingga kekuningan. Masuk air dan ayam. Bila kuah mendidih keluarkan ayam dan toskan. Masukan garam secukup rasa biarkan mendidih lagi tutup api.
 Ayam yang di tos perap dengan rempah-jintan manis, ketumbar dan jintan putih ,garam dan kunyit. Biarkan sebentar(lagi lama diperap lagi baik). Kmdn baru digoreng hingga garing(ikut selera masing2). Angkat dan penyekan dgn pisau  potong daging.  klu x da guna batu lesung ya!..So jdlah ayam penyek.....

Sambal Belacan
Tomato. 2 biji tomato dibersihkan dan belah nipis.
 3 biji cili merah.
 15 biji cili api.
 belacan dalam 1 1/2 inci.
1 labu bawang merah besar
Kesemuanya dibersihkan dan goreng hingga layu dan angkat.
 Kmdn campur setengah cwn air dan kisar, jgn sampai halus sangat.Ikut citarasa sendiri.
 Slps itu minyak yang digunakan untuk menggoreng bahan yg dikisar gunakan untuk menumis sambal.
 Biarkan sambal pecah minyak dan tambah garam secukup rasa, dan blh tutup api .Makan dengan nasi ayam atau nasi putih biasa.
SELAMAT MENCUBA!..

No comments:

Post a Comment