Saturday, June 2, 2012

Masih Mood " R"

Assalamualaikum  .......hari ni mood 'R'  mak lang  lebih besar dari m, so dapatlah mengukis.Lagipun cuti2 ni dapatlah buat kudapan. Kebetulan jiran mak lang nak berpindah ke Alor Star balik kampung sendiri. Bolehlah mak lang beri sebalang untuk anaknya  Afiqah  kawan sepermainan anak mak lang Akram. Kali ni mak lang mencuba resepi yang mak lang CP dari blogs malaykueh dan kak Mas rakan maya . Minta halalkan resepi ni ya! Terima kasihlah yang empunya resepi...Tapi minta maaf sbb mak lang menderhaka  kerana ada penambahan bahan. Cookiesnya memang sedap dan rangup . Jom lihat bahan  

Coklat Cip Cookies
250gm butter
150gm brwn sugar+ 150gm gula castor(mak lang guna 300gm brown sugar ja) gula castor x guna.\
3 biji kuning telur
300gm tepung gandum}
3sdt baking powder}
2sdt soda bokarbonate}
2sdb serbuk koko}diayak bersama
100gm coklat cip/white coklat
100gm badam cincang
100gm cornflakes-ramas2 kasar(ni mak lang tambah sendiri)
1sdt esen vanila

Cara:
1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Kmdn masukkan telur dan pukul lagi.
2. Masukkan tepung yg telah diayak bersama bp,bs dan koko.Gaul rata.Kmdn masukkan badam, coklat cip dan cornflakes gaul  hingga rata.
3. Bulatkan adunan sebesar duit syiling 10sen dan susun dalam dulang . Jarak-jarakkan kr biskut mengembang. Bakar dalam suhu 180 C dalam 20 minit. Ikut kepanasan oven masing2...

Cubalah ...Biskutnya ringan dan rangup.

Nilah hasilnya....

Kembang setaman macam org yg. membuatnya...he he he....

No comments:

Post a Comment