Sunday, November 25, 2012

Cetusan Idea.

Assalamualaikum semua..
Hari ini mak lang ingin bercerita tentang blogs baru mak lang yang dinamakan PRODUK SUCI LAGI HALAL. Tercetusnya idea ini adalah disebabkan pengalaman mak lang menggunakan Pati Delima. ALHAMDULILLAH, dengan izi ALLAH swt  kesesuaian dan keberkesanan mak lang menggunakan Pati Delima ini maka mak lang berbincang dengan Pak lang (suami mak lang), kita buat perniagaan produk ini dengan harga patut. Selain itu mak lang ni ada hobi memasak  seperti buat kek dan biskut serta kuih-muih.  So dengan hobi ini mak lang rasa bolehlah dijadikan sumber pendapatan sampingan. Memandangkan ada galakan dari rakan yang membuat tempahan kek coklat moist dan coklat cip kukis, so hasrat ini mak lang realisasikanlah. Tapi untuk tempahan kecil-kecilan sajalah....kerana  tidak ada pembantu. Kepada pengunjung laman mak lang ini sudi-sudi berkunjung ke kedai online di

Kalau berminat bolehlah membuat tempahan dengan emailke zainab.bujang@gmail.com atau sms saja ke 0133329380. Untuk membuat tempahan kek, kukis  atau kuih-muih , kena buat tempahan sekurang kurangnya 2 minggu lebih awal.

Semoga dengan sokongan anda semua berjaya merealisasikan hasrat mak lang untuk menjalankan homemade  bisness  kecil-kecilan secara online .

No comments:

Post a Comment