Assalamualaikum!....
Lamanya tidak update laman ni. Kekangan masa membuatkan mak lang lama tak update. Malam ni mak lang nak berkongsi menu diet mak lang dan anak dara mak lang. Pak lang dan anak bujang mak lang tak minat menu macam ni. Lagipun Pak Lang gi masjid katanya ada mesyuarat. Pasti lewat balik. Dia biasalah ...... Kalau dah malam-malam memang tak makan , apa lagi kalau sup sayur macam ini. Kalau si Akram lagi tak minat sup sayur. Oklah berleter pula mak lang ni. Nak resepi ke???? Mudah sangat nak buat dan sangat sempoi.....Apa ja sayur yang ada bolehlah dicampurkan.Nak resepinya ke???........Pandai-pandai agaklah ya! kalau nak makan ramai , gunalah sayur yang banyak, Mak Lang makan berdua ja. So agak-agak cukup , lebur jalah.
Sup Sayur Sempoi Mak Lang
Bahan
Sedikit sayur brokoli
sebiji petola
sedikit bunga kobis
sebungkus kecil cendawan tiram
sedikit suun
segenggam udang basah
3 biji bawang putih -cincang dadu dan tumis
1-2 sdb minyak masak untuk menumis
Air secukupnya untuk kuah
Lada sulah ikut rasa
Garam secukup rasa
Cara
1 Panaskan kuali ( mak lang guna kuali ) dan masukkan 1sudu besar minyak.
2. Bila minyak sudah panas masukkan bawang putih , tumis hingga bawang kekuningan dan masukkan air , udang dan lada sulah secukup rasa.
3 Bila kuah mendidih masukkan suun dan sayur-sayuran. serta garam. Biar dalam 2-3 minit , rasa garam dan tutup api. Dah boleh makan.
Sup ni mak lang makan dengan sambal kicap cili padi, Sebab nak rasa pedas dan berapi.Inilah resepi yang sangat sempoi untuk dicuba, terutamanya pada anak remaja yang baru nak belajar memasak...........
SELAMAT MENCUBA.....

No comments:
Post a Comment